Sunday, July 17, 2011

Salam Nisfu Sya'aban...


Salam semua..pejam celik, kita dh memasuki bulan syaaban di mana 2 minggu lagi kita akan mula menunaikan rukun islam yang ke 3..Hari ini genap 3 bulan blog ak ini sudah tidak diupdate dgn post baru...pelbagai kisah yg berlaku spnjg 3 bln nie tp tak sempat ak kongsi bersame...mayb kerna agak busy smpaikan ak x smpat utk update blog ak nie... Pada post kali nie, ak ingin kongsi bersame kelebihan bulan sya'aban dan di harap dpt memberi manfaat kepada kalian...

Dalam satu hadis yg sahih ada menyebut Baginda SAW mempertingkatkan ibadat pada bulan tertentu khususnya berpuasa pada Syaaban seperti disabdakan Baginda SAW yang bermaksud: “Rejab bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan bagi umatku.” (Al-Hadis).

Hadis sahih juga ada menyebut Baginda Rasul SAW banyak berpuasa pada Syaaban seolah-olah dia berada pada Ramadan. Ini menunjukkan kelebihan yang ada pada Syaaban serta persediaan rapi Baginda SAW menghadapi Ramadan al-Mubarak.

Dikatakan juga pada malam Nisfu Syaaban ditentukan hari kelahiran dan kematian seorang manusia, ditentukan juga mereka yang akan menunaikan haji pada tahun itu serta mereka yang akan mendirikan rumah tangga. Sesiapa yang berdoa padanya akan dimakbulkan doanya kecuali mereka yang menganiaya orang lain serta berterusan melakukan dosa. (Taharatul Qulub oleh Syekh Abd Aziz Ad-Duraini)

Atas dasar inilah kita melakukan ibadat pada malam Nisfu Syaaban serta berdoa padanya. Namun demikian, bacaan Yasin tiga kali pada malam itu tiada dalil yang dapat disandarkan dan kita bebas beribadat hingga membaca 1,000 kali surah Yasin sekalipun adalah diharuskan.

Daripada Abu Hurairah, bahawa pada malam Nisfu Syaaban, ketujuh-tujuh pintu langit dibuka dan ada malaikat pada setiap pintunya memohon keampunan bagi kaum Muslimin kecuali mereka yang berterusan melakukan dosa besar.

Mereka yang terdahulu juga banyak melakukan solat pada malam itu sehingga mencapai 100 rakaat dengan membaca surah Fatihah dan al-Ikhlas.

Hasan Al-Basri pernah berbicara dengan 30 sahabat Nabi SAW dan merumuskan bahawa sesiapa yang bersolat seumpama di atas, akan dipandang tinggi oleh Allah serta dimakbulkan doanya dan ditunaikan hajatnya, paling tidak ia mendapat keampunan daripada-Nya - pandangan ahli sufi

Diriwayatkan, Aisyah ketika tiba giliran di rumahnya pada satu malam pernah terjaga dan mendapati Baginda SAW bersolat sehingga hampir Subuh serta mendengar Baginda berdoa: “Ya Allah, Aku bersujud pada-Mu dengan jiwa yang penuh ketenteraman. Menadah tangan memohon keampunan dari-Mu kerana tiada yang maha pengampun selain dari-Mu. Aku berlindung dari kemurkaan-Mu serta tiada pujian yang layak diberikan selain dari-Mu”. Tatkala selesai Baginda ditanya oleh Aisyah dan memberitahu bahawa itulah malam Nisfu Syaaban -Hadis sahih

Kesimpulan daripada apa yang diperkatakan tadi, kita perlulah memperbanyakkan ibadat khususnya solat sunat, berpuasa, berzikir dan mengaji sebagai latihan menjelang Ramadan nnti.

No comments:

Post a Comment