Sunday, April 17, 2011

eL CLaSiCo... My PreDicTioN

2 team gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid yang perseteruan sengit diorg bermula sejak 1902 akan bertemu sebyk 3 kali dalam tempoh 14 hari mulai 20 April ini utk menentukan gelaran juara Piala Raja ( Copa del Rey) dan semi-final Liga Juara-Juara Eropah. Fanz football seluruh dunia bakal disajikan dgn pertemuan klasik ‘El Clasico’ yang boleh disifatkan game kemuncak bola sepak membabitkan 2 team terkaya dan plg berjaya di dunia. Pertemuan ini juga memperlihatkn pertembungan peribadi 2 pemain terbaik dunia : Messi vs C.R7 dan 2 pengurus terbaik : 'The Special One' vs 'The Philosopher'. Real Madrid di bwh taktikal Jose Mourinho bakal menentang anak buah Pep Guardiola yang tampil dengan gaya ‘total football nya.




Jika kita analisis kepada rekod pertemuan lps, Barcelona dilihat berpeluang cerah untuk merangkul Copa del Ray dan boleh mengecewakan Real dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara. Kali terakhir Real kalahkan Barca pada 7/5/2008 n lepas tu Barca yg telah mendominasi perlawanan. Tapi bola itu bulat, apa2 boleh terjadi.. Contohnya, rekod tanpa kalah MU pon lebur pada team tercencorot, Wolves...Haha!

Andai dilihat dari aspek sejarah, dibandingkan antara kedua-duanya, Real merekodkan lebih kejayaan, 9 kali merangkul Piala Eropah berbanding hanya 3 dicatatkan Barcelona selain 31 gelaran liga berbanding 20 dimiliki Barcelona. Tapi, team Barca kini bole dianggap team terbaik slps dream team Barca era Johan Cruyff. Dgn formasi 4-3-3, trio Villa-Messi- Pedro di bahagian serangan, Xavi-Iniesta-Basquets di tengah dan Alves-Pique-Puyol-Adriano di pertahanan mmg terbaik..Klau kita compare dgn formasi team 4-3-3 Real, trio Ronaldo-Higuain-Di Maria di bahagian serangan dan Khedira-Ozil-Alonso di tengah mmg dah hebat..Cume gandingan defender Ramos-Pepe-Carvalho-Marcelo masih blum serasi dan slalu lakukan kesilapan mudah.
Klau kita kaji pada kedudukan liga, Barca dah pun selesa dengan 8 mata mengatasi Real di tempat kedua, dan menjadi pilihan memenangi gelaran ketiga berturut-turut, lebih2 lagi selepas membelasah Real 5-0 dalam Clasico di Nou Camp, November lalu. W/pon baki game ada lagi 6 perlawann, tp sukar utk Real membuat kezutan.. Baru-baru ini pon, Real hny mampu seri 1-1 dgn Barca di Bernabeu di mana Jose Mourinho berdiam diri waktu press conference sblm perlwnn.

So, 4 my prediction, Barca akan menang pada Copa del Rey dgn 2-1 tetapi Real akan bangkit pada game UCL utk kalahkan Barca dan mara ke final... Coz target utama Mourinho adlh utk menjadi pengurus pertama yg memenangi UCL dgn 3 team yg berbeza.. So, fokus dia akan lebih kpd UCL berbanding liga. Selain itu, Real ada advantage coz perlwnn pertama UCL di Bernabeu. Klau Real mng pd game pertama, confirm Real akn bermain defensive seperti Inter Milan di Nou Camp..Kita hny mampu tggu n lihat saja nnti.. Di bwh nie ade jadual game UCL El Clasico.. Please book your diary n don't take m.c on the next morning! hehe..

WEDNESDAY, APRIL 27, 2011

Time

Home

Away

Stage

Venue

18:45 GMT

Real Madrid

v

Barcelona

Semi-finals

Santiago Bernabéu

TUESDAY, MAY 3, 2011

Time

Home

Away

Stage

Venue

18:45 GMT

Barcelona

v

Real Madrid

Semi-finals

Camp Nou


No comments:

Post a Comment