Monday, April 27, 2009

Lelaki Maskulin

Bagaimana Membina Badan Idaman...

Anda mahukan badan yang 'tough' seperti saya? Pernahkan anda terfikir bahawa anda boleh ubah badan anda yang 'kurus kering' tue seperti Lan dan Syaf ( bukan name sebenar) kepada badan yang berotot? Ramai sebenarnya yang berminat (terutama lelaki) untuk memiliki badan yang menawan dan berketul dengan pakej wajah ala shah rukh khan. Alangkah bertuahny..Dengan memiliki badan yang kental, keyakinan diri anda akan turut bertambah. Malah, mudah untuk anda mendapatkn aweks dan juga mendapat mak2 datin ( kecuali fath bukan name sebenar, harapkan rupe jer tuk dptkn mak2 datin ). Tapi tahukah anda bagaimana cara untuk membina badan dengan cara yang selamat bahkan tidak memberi sebarang kesan buruk pada diri anda untuk jangkamasa panjang (Amaran kerajaan Malaysia : Steroid boleh membahayakan diri anda dan memberi kesan buruk untuk mase depan anda). Jadi adalah penting bagi diri anda untuk mempelajari bagaimana latihan dan pemakanan yang betul supaya anda tidak melakukan kesalahan yg boleh meragut nyawa..






Pertama sekali, pastikan anda mengikuti diet yang betul (otot terbina dari makanan yang kita makan). Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 kite rase kita dah buat latihan yang betul, tapi kenape badan tak besar2 jugak....mane nak besar kalu jumlah kalori yg dibakar lebih kurang je ngan ape yang kita makan. Untuk org dewasa, makan 2500 kalori setiap hari sudah memadai, tetapi bagi yang mahu membina badan, anda kene makan 4000 kalori setiap hari.Pastikan makanan yang dimakan kaya dengan protein kerana proteinlah yang membina blok2 otot pada badan anda. kalau boleh makan protein setiap 2-3 jam menyediakan protein yg secukupnya untuk badan.Kurangkan makananan yang byk gula, lemak dan asid lemak trans. Bagi yang baru berjinak2 dgn sukan ini, anda tidak boleh sewenang-wenang nye untuk mengangkat beban yang berat kerana anda perlu pastikan badan anda bersedia untuk itu.Mulakan dengan aktiviti rutin yang memberi faedah pada diri anda (contohnya jogging, skipping). Jangan pulak anda selama ni asyik tido jer, xpernah bersenam, tetiba nak angkat berat. Gile ape!! Pastikan anda berjogging dulu bagi mendapatkan stamina. Bermain futsal juga baik mcm team IBU ZAIN. Selain dr jogging, anda boleh berenang, berbasikal malah kerja berkebun juga boleh! Bila anda meletakkan impian anda untuk mendapatkan otot yang cantik, andalah yang bertanggungjawab untuk memastikan ianya tercapai. Disiplin perlu ade dalam membina badan. Jangan hangat2 tahi ayam jer.. Baru masuk gym 2 minggu dah trus stop... Dengan alasan busy dengan biznes jual jambu ( x de kena mengena dengan yang hidup atau mati)
Sememangnya anda perlu untuk mengambil makanan tambahan (suppliment la dlm b.i ) untuk mencantikkan badan tetapi adakah ia betul2 selamat pada badan anda? Jadi pastikan anda mempelajari tentang sesuatu produk dahulu, mendapatkan pandangan doktor atau pandangan yang lebih pakar adakah ia sesuai atau tidak.Ini adalah kerana sesetengah produk memang bagus untuk orang lain tetapi bukan untuk anda (vice verca ). Mungkin anda makan satu sudu sudah memadai, tetapi bg org lain 2 sudu baru mencukupi (badan manusia ni kan berbeza).Yakinlah bahawa anda boleh memiliki badan yang cantik tanpa mengira bagaimana rupa anda sekarang. ( Rupe belakang citelah) Hasil akan datang dengan sesi latihan, bukan datang tergolek! Tido hanya membesarkan perut bukan mencantikkan badan..Anda memerlukan jadual latihan yang wajib diikuti untuk menjadikannya badan yang kental satu kenyataan!

Monday, March 23, 2009

Alam kubur perhentian sebelum kehidupan abadi di akhirat

Topic : Muhasabah Diri Sempena Maulidur Rasul

MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.

Perjalanan itu pula masih jauh dan terpaksa melalui pelbagai liku serta cabaran. Inilah gambaran matlamat sebenar hidup insan yang hendak dicapai. Pentas dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan salih sebagai bekalan di akhirat nanti.

Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana mereka akan menjawab soalan ditujukan malaikat kepada mereka. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu akan masuk ke syurga atau neraka.

Persoalan kubur termasuk dalam pokok keimanan terhadap alam ghaib seperti mana kita wajib percaya akan adanya syurga, neraka, malaikat dan hari kiamat. Dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang sahih banyak diterangkan perkara di atas yang menuntut setiap orang meyakini adanya alam selepas kehidupan duniawi.

Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.

Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” - (Surah Yasin, ayat 77)

Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.

Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi.

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”

Adapun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?

Adapun roh orang yang beriman dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” - (Surah al-Fajar, ayat 27-30)

Kemudian apabila seseorang hamba Allah meninggal dunia, selepas dikebumikan dan ditinggalkan kuburnya lalu datanglah dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir yang ditugaskan untuk menyoalnya.

Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat.

Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.

Menurut Syeikh Abdullah Al-Fattani dalam bukunya Kasful Qhummah, roh Nabi, syuhada, muttaqin, salihin akan diangkat oleh malaikat ke langit selepas selesai tanya jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir.

Kemudian di angkat ke langit kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ketujuh hingga ke Sidratul Muntaha dan di bawa ke Arasy Tuhan. Di sinilah mereka akan ditempatkan dan hidup dengan senang serta bahagia sehingga tiba hari kiamat.

Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.

Bagaimanapun kita tidak banyak mengetahui rahsia alam roh melainkan apa yang diceritakan al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.

Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud: “Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.”

Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat. Waallahualam...

Wednesday, February 11, 2009

~ Hidup Bollywood ~



Sebagai salah seorang peminat fanatik Hindi, ak rase sangat bertanggungjawab untuk berkongsi dengan kwn2 sekalian mengenai keindahan dan keunikan 3 filem hindi yang baru ak tonton sejak Januari 2009 ini.. Bagiku, ketiga2 filem ini adalah 'world class' dan berada di dalam kelas yang tersendiri..Malah jauh lagi hebat dari filem 'Hollywood' yang sgt diagung2kann oleh segelintir para penonton yang pro-barat ( antaranye budak2 umah18)..Ini kerana tanpa kita sedari, filem2 bollywood sebenarnya banyak memberi pengajaran dan nilai2 murni berbanding daripada filem barat yang pasti menyelitkan unsur2 seks ( yang ini budak2 umah18 paling suke )..Ketiga2 filem yang ak baru tonton itu adalah : Rabne Bana di Jodi ( Tuhan telah tentukan Jodoh ) , Ghajini dan Slumdog Milionaire. Ak ingin mengesyorkan kepada kwn2 sekalian untuk menonton 3 filem ini dan pasti anda tidak akan rugi malah hati kalian akan berputik rasa cinta kepada filem2 Hindi...huhuhu.. Ak bagi sinopsis dlm b.i and cite dia korang gi tgk sendiri.. X best la kalu ak citekan sume..


Rabne Bana Di Jodi ( Tuhan Telah Tentukan Jodoh )



Have you ever stopped to think if the most ordinary, uninteresting, unobtrusive man you might see on the road or around you might have a love story to tell? Maybe not. But love does not differentiate between the ordinary and exceptional, the uninteresting and interesting, the unattractive and attractive. Because love knows no distinction. It can happen to anyone and once it does it engulfs us into it completely and gives us those miraculous experiences that only love can yield. This is what happened to Surinder Sahni--a simple, clean hearted, honest man working for Punjab Power, leading a humdrum life, when he meets his total opposite and finds love in the flamboyant, fun-loving, vivacious Taani--for whom the whole world is her canvas. Duration : 2 hours 45 minutes



Ghajini



Sanjay Singhania after getting hit on his head while watching his girlfriend being murdered suffers from a short term memory loss and cannot recollect anything beyond 15 minutes. He tattoos phone numbers and names on his body to keep his memory alive and seeks revenge for the murder of his girlfriend, Kalpana. The only clue he has is the name that he remembers his dying girlfriend utter in his ears - Ghajini. Duration : 3 hours


Slumdog Milionaire



The story of Jamal Malik, an 18 year-old orphan from the slums of Mumbai, who is about to experience the biggest day of his life. With the whole nation watching, he is just one question away from winning a staggering 20 million rupees on India's "Who Wants To Be A Millionaire?" But when the show breaks for the night, police arrest him on suspicion of cheating; how could a street kid know so much? Desperate to prove his innocence, Jamal tells the story of his life in the slum where he and his brother grew up, of their adventures together on the road, of vicious encounters with local gangs, and of Latika, the girl he loved and lost. Each chapter of his story reveals the key to the answer to one of the game show's questions. Intrigued by Jamal's story, the jaded Police Inspector begins to wonder what a young man with no apparent desire for riches is really doing on this game show? When the new day dawns and Jamal returns to answer the final question, the Inspector and sixty million viewers are about to find out...
Duration : 2 hours . US Box Office : USD 77,203,055 ,
This film has won many Oscar and Academy Awards... such as Best Film, Best Music and so on
WELCOME FOR ALL NEWCOMER OF BOLLYWOOD FOLLOWER



Sunday, January 4, 2009

Fadhil's Territory


Bismillah...hahaha, akhirnya berjaya jua ak utk menghasilkan blog ak sendiri...

Dengan kesibukan kerja yang infiniti, ak dpt luangkan jgak masa tuk create blog nie..

Nie pun ak curi waktu bekerja coz supervisor ak cuti ari nie..lalalala

Ak rase nie la mase yang sesuai untuk ak bergerak solo setelah setahun stengah ak menempel kat blog rumah18 yang ak akan tinggalkan 16 Jan nie.. Bukan ape, lepas nie ak akan berhijrah ke tmpat lain.. Hopefully, dgn adenye blog ak nie, kwn2 ak leh la tau updates pasal ak lepas nie.. Ak tunang ke, couple ke, kurus ke, bertambah putih ke dll..Lagipon, ak wat blog ak sendiri coz ak rase seperti dianaktirikan d rumah18... huhu
K, la... Nnti ak sambung lagi ...(my head ak nak jumpe la)
**Notes : Gambar nie membuatkan ak teringat kenangan2 di UKM dulu..