Monday, April 27, 2009

Lelaki Maskulin

Bagaimana Membina Badan Idaman...

Anda mahukan badan yang 'tough' seperti saya? Pernahkan anda terfikir bahawa anda boleh ubah badan anda yang 'kurus kering' tue seperti Lan dan Syaf ( bukan name sebenar) kepada badan yang berotot? Ramai sebenarnya yang berminat (terutama lelaki) untuk memiliki badan yang menawan dan berketul dengan pakej wajah ala shah rukh khan. Alangkah bertuahny..Dengan memiliki badan yang kental, keyakinan diri anda akan turut bertambah. Malah, mudah untuk anda mendapatkn aweks dan juga mendapat mak2 datin ( kecuali fath bukan name sebenar, harapkan rupe jer tuk dptkn mak2 datin ). Tapi tahukah anda bagaimana cara untuk membina badan dengan cara yang selamat bahkan tidak memberi sebarang kesan buruk pada diri anda untuk jangkamasa panjang (Amaran kerajaan Malaysia : Steroid boleh membahayakan diri anda dan memberi kesan buruk untuk mase depan anda). Jadi adalah penting bagi diri anda untuk mempelajari bagaimana latihan dan pemakanan yang betul supaya anda tidak melakukan kesalahan yg boleh meragut nyawa..






Pertama sekali, pastikan anda mengikuti diet yang betul (otot terbina dari makanan yang kita makan). Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 kite rase kita dah buat latihan yang betul, tapi kenape badan tak besar2 jugak....mane nak besar kalu jumlah kalori yg dibakar lebih kurang je ngan ape yang kita makan. Untuk org dewasa, makan 2500 kalori setiap hari sudah memadai, tetapi bagi yang mahu membina badan, anda kene makan 4000 kalori setiap hari.Pastikan makanan yang dimakan kaya dengan protein kerana proteinlah yang membina blok2 otot pada badan anda. kalau boleh makan protein setiap 2-3 jam menyediakan protein yg secukupnya untuk badan.Kurangkan makananan yang byk gula, lemak dan asid lemak trans. Bagi yang baru berjinak2 dgn sukan ini, anda tidak boleh sewenang-wenang nye untuk mengangkat beban yang berat kerana anda perlu pastikan badan anda bersedia untuk itu.Mulakan dengan aktiviti rutin yang memberi faedah pada diri anda (contohnya jogging, skipping). Jangan pulak anda selama ni asyik tido jer, xpernah bersenam, tetiba nak angkat berat. Gile ape!! Pastikan anda berjogging dulu bagi mendapatkan stamina. Bermain futsal juga baik mcm team IBU ZAIN. Selain dr jogging, anda boleh berenang, berbasikal malah kerja berkebun juga boleh! Bila anda meletakkan impian anda untuk mendapatkan otot yang cantik, andalah yang bertanggungjawab untuk memastikan ianya tercapai. Disiplin perlu ade dalam membina badan. Jangan hangat2 tahi ayam jer.. Baru masuk gym 2 minggu dah trus stop... Dengan alasan busy dengan biznes jual jambu ( x de kena mengena dengan yang hidup atau mati)
Sememangnya anda perlu untuk mengambil makanan tambahan (suppliment la dlm b.i ) untuk mencantikkan badan tetapi adakah ia betul2 selamat pada badan anda? Jadi pastikan anda mempelajari tentang sesuatu produk dahulu, mendapatkan pandangan doktor atau pandangan yang lebih pakar adakah ia sesuai atau tidak.Ini adalah kerana sesetengah produk memang bagus untuk orang lain tetapi bukan untuk anda (vice verca ). Mungkin anda makan satu sudu sudah memadai, tetapi bg org lain 2 sudu baru mencukupi (badan manusia ni kan berbeza).Yakinlah bahawa anda boleh memiliki badan yang cantik tanpa mengira bagaimana rupa anda sekarang. ( Rupe belakang citelah) Hasil akan datang dengan sesi latihan, bukan datang tergolek! Tido hanya membesarkan perut bukan mencantikkan badan..Anda memerlukan jadual latihan yang wajib diikuti untuk menjadikannya badan yang kental satu kenyataan!