Monday, February 14, 2011

1 Malaysia 1 Ummah...

Selamat menyambut maulidr rasul 1432H/ 2011 M.. Sempena ulangtahun kelahiran rasul junjungan besar, marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi. Muhammad (s.a.w)..Edisi kali ini, sy ingin berkongsi peristiwa yg berlaku di bulan istimewa iaitu Bulan Rabiulawal. Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Saturday, February 12, 2011

Welcome back to uni. life, Fadhil Khan !!


Statistic is my game right now !! Diari hidupku di hujung minggu totally different sejak bergelar student post-graduate di uni. tertua di M'sia...Klau sblm ni, mase weekend ak dipenuhi dgn main ps2, tapi kini tidak lagi.. FYI, skang ak sdg smbg master in statistic secare part-time.. So, ak kene la ulang-alik dr melake ke p.j pada tiap2 weekend..pergh, mmg penat gua ckp sama lu coz weekdays busy mengajar n pada weekend pula kene belajar...tp sume ni ak kene harungi n anggap sbg cabaran, coz ak berpegang pada kate org yg paling kaye di dunia, Bil Gerbang : "Education is the best investment for da future"~poyoooo

Basically, ak start mohon utk smbung master pd 2009 (slps kuar keja maybnk) tp malangnya, permohonan ak utk smbung kat UKM tak kesampaian coz course nie tak ditawarkan secare PJJ(progrm jarak jauh)...Pd 2010 plak, ak try mohon di U.M n alhamdullilah berjaya.. Semngt tuk smbung studi ni pon ak dpt dari kwn seangkatan dgn ak wktu first degree dulu... Ada yg sudah abes master n jadi lecturer skang ni...Congratz to all of you guyz and i'll follow.. Kate orang, klau nk smbung blaja ni biar waktu muda2 n sblum kahwin...Klau dh berumah tangga, byk komitmen lain yg perlu dibereskan.. So, for all my frens yg masih single mingle tu, jomla rmi2 kita smbung blaja utk memajukn diri kita & juga status hidup kita.. Dan semoga impian tinggi melangit ak utk pursue PHD di M.I.T ~ Massachusetts Institute of Technology tercapai dan dipermudahkan..



Tuesday, February 8, 2011

YoU No NeeD To WoRRy !!

Baru2 nie ak tlah berjy menghatamkn sebuah buku motivasi bertitle 'anda tak perlu risau'...Buku nie ak beli pd Ogos 2010 tp baru minggu lepas ak kelapangan mase utk bace sepenuhnya...tu pon sebab ade cuti tahun baru cina, klau tak jgn harap...Sebenarny, faktor yg mendorong kalbu ak beli buku nie coz ak kene present sebuah buku kat tempat keja ak bulan Sept lepas..tp waktu presentation tu, ak tak bace pon buku nie, just petik topik2 penting n terangkan ikut sedap molot n intuisi hati ak...Tapi bila dh bace buku nie last week, ak rase ade benda menarik yg perlu sharing kat uo'll guyz... Mmg pandai pengarang ~ (Rohani Sheikh Omar) mengayat buku nie smpai ak bace dari kulit depan smpai blakang...jarang ak bace buku smpi habes.. Buku modul matematik yg ak mengajar pon ak lompat2 muka surat.. Buku nie mmg bgus dibace bg orang2 yg tengah runsing or dlm bhse halus nye ~ jiwa kacau... Utk shbt ak yg tgh fening2, si Faiz (bukan name sebenar) yg ade mslh utk membina masjid tu, ak rekmen dia bace buku nie..hohoi..At least terubat skit tekanan perasaan dia tu...

Secare sinopsisnye, buku ini menerangkan tujuan utama kita hidup di muka bumi n menceritakan kebanyakan dari kita selalu memikirkan dan meRISAUkan akan mslh kehidupan di dunia smpaikan kita abaikan kehidupan akhirat...ini memang tak dapat dinafikan lagi..sbg cth ; bangun dari tido, KITA RISAU lewat ke tempat kerja tapi KITA TAK RISAU lewat solat SUBUH...aduh!! sentap n menikam jiwaku...Dari Usman bin Affan r.a, “ Kerisauan dalam urusan duniawi adalah KEGELAPAN HATI, sedangkan kerisauan dalam urusan akhirat adalah CAHAYA DI HATI”..Selain tu, korang kene la bace sendiri, hehe...tak syok la klau cite semua..Kpd sape2 yg berminat utk bace buku nie, leh pinjam dr ak, F.O.C!!

Secare conclusion, risaulah akan perkara yang sepatutnya dirisaukan. Contohnya, kita patut risau jika amalan kita tidak diterima Allah berbanding terlalu risau andai kita tidak memiliki kekayaan seperti orang lain...Ak ratekan buku ni 4 star (****) n sesuai dibace oleh semua insan marhain yg hidup tak de tujuan...Buku ini juga sesuai utk mereka yang mahu mencari erti sebuah kehidupan...Ak secare tak langsong dh promosi buku nie.. Hope pengarang bg la ak komisyen klau sale buku nie naik..hahaha ~ adios, jmpe in da next post ~


Thursday, February 3, 2011

aNaLiSa PerPinDaHaN PeMaiN EPL Jan 2011...


DahSYaaaaTT...ak petik kata2 dari si nazmi rajalawak 5 bagi menggmbarkn transfer market player EPL pd Jan 2011 !! Jumlah keseluruhan yuran perpindahan pemain EPL menjangkau 250 millin pound sterling...WOW!! Berniaga manusia lebih kaya dari unta~~hahaha, btul kate2 si husin lempoyang nie.. blum lagi summer transfer, dh gempak shopping diorg.. team Liverpul n Chelsea berblanje besar manakala top 2 team yg tgh lead liga skang, M.U n arsenal just senyum dan lihat..Polisi yg berbeza which arsenal makes hero from zero...cayalah gunnerz!!
Chelsea memecahkan rekod perpindahan dalam sejarah kelab bola sepak British apabila mendpt khidmat Fernando Torres menerusi bayaran 50 juta pound (RM250 juta) dari Liverpool. Penyerang Sepanyol, EL NINO itu mengikat kontrak selama lima tahun setengah bersama kelab Chelsea dgn bayaran gaji 175 riban seminggu.. Torres sah menjadi pemain ketiga termahal dunia kira-kira setengah jam sebelum tempoh jendela perpindahan berakhir , dibelakang jumlah dibayar Real Madrid untuk membeli Cristiano Ronaldo dan perancang Brazil, Kaka pada 2009. Rekod bayaran termahal dalam bola sepak Inggeris sebelum ni dipegang Carlos Tevez selepas keluar daripada Manchester United untuk ke Manchester City dengan bayaran 47 juta pound (RM235 juta) pada 2009. Dgn kemasukan Torres, anelka n kalou akan mula memanaskan bangku simpanan dan suggestion dari ak, diorg dh boleh pikir destination baru utk berhijrah..Selain tu, Chelsea membazir wang lagi dengan membeli pertahanan brazil, David Luiz berumur 23 thn dengan bayaran harga RM105 juta dari Benfica dan Nemanja Matic sbg tukaran...mane nak letak Alex? confirm dia minta pindah nnt..

Kisah yang serupa terjadi pada Liverpool apabila dah dpt duit dari Roman Abromovich hasil jualan Torres...Benda yang paling pelik apabila Liverpool sggup membayar Newcastle sbyk 35 juta pound ( RM 143 juta ) utk membeli Andy Carroll.. Karut Btol!! Value Andy Carroll tak smpai pon 10 juta pound beb...Dia baru naik divisyen satu n jaringkan 14 gol, dah dianggap harga spt star..Baik beli si Nor Idlan Talaha bergandingan dengan Safee Sali kat bahagian serangan, lagi berbaloi der...Liverpool sebelum ni dah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Uruguay dan Ajax Amsterdam, Luis Suarez (ala, pemain yg guna tgn waktu World Cup & penyebab Ghana x layak separuh akhir) dengan yuran perpindahan 22.8 juta pound (RM 112 juta) dan akan menyarung jersi nombor tujuh yang pernah digunakan oleh pengurus, Kenny Dalglish.
For conclusion, ape yang aku leh katakan, kita wait n see hasil pelaburan team Chelsea n Liverpool abes season nie.. adakah ROI ( return on investment ) diorg berbaloi ataupon just menambah liabiliti team... Nape tak gunakan falsafah Arsene Wenger di mana train n create star dari usia muda... Dia beli pemain dgn harga murah dan jual pada harga mahal, cth spt Adebayor, Toure, Henry & byk lagi..Arsenal adalah satu-satunya team yg paling cepat setelkan hutang, ramai pemain prospect muda, play beautiful tetapi sayangnya kemarau piala...hope tahun nie dpt la w/pon piala carling, adeh!!