Wednesday, January 5, 2011

JouRneY to BanDunG + JaKarTa : DaY 2


DaY2 : First aktiviti ialah 'lwtn sambil bergmbar' di ITB - Institut Teknologi Bandung...ITB didirikn pada tanggal 2 May 1959 dan antara institut paling tua di Indonesia. Bangunan di sini tampak agak old fashion and looks like rumah traditional lama. Terdpt ramai org M'sia yg menuntut di sini tp sorang pon ak tak kenal, hehe...Slps puas berjln di sekitar ITB, supir (driver) membw aku ke Gedung Sate, bangunan pusat Pemerintahan Jawa Barat...
Dipggil Gedung Sate coz terdpt monumen sate di atas puncak tgh bangunan yg dibina pd thn 1920... Ak tak dpt masuk ke dlm kwsn bangunan sate nie ats fktor keselamtn.. So bergmbar dari luar kwsn ajela... Dah puas bergambar, ak truskn perjuangn menghabiskn wang simpnn ak dgn bershoping di Jalan Cihampelas yg merupakan jalan yg paling selamat di dunia.. Tahu nape? Coz di sepnjang jln kat situ, terdapat byk superhero yg menjaga keselamatan spt Batman, Ultraman, Terminator, Catwoman,
Superman, Spiderman n rmi lg smpaikan Son Goku 'dragon ball' pon ade..naseb baik faizal tahir xde (superhero ke dia? ahaks)...Dulu, jalan nie adalah pusat jeans terbesar kat Bandung. Tapi, skang, aneka pakaian dh dijual di jalan Cihampelas mcm t-shirt, sweater, dll.. Bak kate arwah pak abbas, "mcm2 ada" coz deretan kedai di sepanjang tepi jln adlh 1 km, WOW!!..Seluar jeans dan t-shirt yg stylo mmg bnyk pilihn dan murah2 kt sini.. Ak bershopping smpi mlm n berjy sapu 5 t-shirt n 5 jeans aje...
Ade skit kelemhn pada jalan cihampelas nie.. Keadaan jalan yang sempit ( 2 hala n satu line each other) membuatkan susah nak parking keta n pada time abes ofis hour, sesak bangat seh jalan nie dgn kenderaan...So, nasiht kepada sape2 yg nk dtg bershoping di sini, first jgn datang waktu weekend ( sbtu n ahad ) n lagi satu, jgn bawa kenderaan ke sini, beter naik teksi 'blue bird' or klau nk bw keta, korg kene parking jauh skit di Ciwalk Mall..
Stlh penat bershoping, its time to lunchner ( lunch+dinner) , yabedabedu!! Ade mknn traditional Bandung ak tak sbr nak test >>Gurame tigarase!! ikan fevret di Bandung...Sok pula adelah perjalann penuh risiko iaitu ak akn ke Gelora Bung Karno, Jakarta di mana venue final AFC 2010...Nantikn cerita detik2 pengalamn ak di sana



Monday, January 3, 2011

JouRneY to BanDunG + JaKaRTa...1st DaY



Ahad 26 Dec 2010 lalu, bermulalah pengembaraan 'survivor'ku ke luar negara bersama my brother..Mmg dari kecil lg, impian aku adlh melancong ke luar negara > selame ni asyik tgk kat tv ajer...Venue pertama kunjungn aku adalah BANDUNG and JAKARTA.. Selain dpt berjln2 n bershoping, ak dpt blaja budaya dan kehidupn sosial negara lain.. Ak terbang dgn airasia dari lcct trus ke lapangan terbang husien sastranegara, Bandung..Kos flight pergi = rm 320.. Sebaik saja menjejakkan kaki di Bandung, ak dpt rasekan kesegaran udara yg jauh berbeza dari di Melaka, sejuk dan nyaman skali..Ak menginap di hotel Orange Homes di mana abg ak dapat voucher percuma selama 3 hari 2 mlm utk tinggal di situ...Dptlah jimat budget for my accomodation..

Hotel Orange Homes, Pasar Baru , Rumah Mode

First day, tempat pertama yg ak lawati adalah PASAR BARU> syurga membeli belah di Bandung...Tak sempurna klau gi bandung tapi tak singgah sini.. Supir yang membw ak ke sana bgtau yg satu hari tidak cukup untuk shopping di sana..Mmg btul bros!! Bangunan tu 7 tingkat n setiap tgkat ade 3 kawasn (timur, tengah n barat)..Semua benda ade, yang takde datuk dengan nenek aje! Baju, tudung , brgn perkahwinan, kain ela, batik, pendek kate, sume adela n murah2...Nasib baiklah pasar baru tutup kul 5 p.m (wktu indon 1 jam awal dari m'sia), klau smpi mlm dia buka, mmg abesla uang gue kat situ aje.. Di sebelah mlm pula, ak shopping kat RUMAH MODE, Braga.. Di situ, pakaian branded n fashionable berbanding di Pasar baru n harga up skit tp still murah jika compare di M'sia...

Restoran Karamba, Menu dinner

Dinner mlm tu, ak cube try test makan di Karamba Sundanese Bistro - port biase foreigner makan spt ak nie..menu ak mlm tu adlh nasi 'liwot' n abang ak nasi 'timbel' - kedua2 makanan tradisional di bandung,, boleh la layan nasi2 tu w/pon hakikatnya tak brape kenyang coz tu bukan mknn utama kita...harga kedua2 nasi tu : timbel = Rp 22k (rm 7.70) and liwot = Rp 27k ( rm 9.50)....Rase nasi timbel seperti nasi ulam yg dikukus n nasi liwot plak seperti nasi dari beras pulut.. Esok, ak akn updatekn pula aktiviti hari kedua di Bandung dan hari ketiga di Jakarta yg penuh pancaroba!! Haha

Saturday, January 1, 2011

K. Rajagopal = 'Arsene Wenger' Malaysia



( Rajagopal said > rupa aku ada iras si wenger ni lah, cume tone jer berbeza)

Rajagopal, you are The Profesor!!

Terlebih dahulu, infiniti tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerna telah berjaya menjadi JUARA AFC Suzuki 2010... Seluruh rakyat malaysia berbangga dengan kejayaan kalian. Media massa dan banyak pihak memuji barisan pemain seperti Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha sehingga nama-nama mereka dipaparkan di akhbar setiap hari.. Namun bg saya, nama yang patut diberi perhatian di atas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia adalah K. RAJAGOPAL, jurulatih Harimau Malaya. Sy sgt berbangga dengan usaha dan taktikal rajagopal kerana kita bergelar juara dengan keseluruhan pemain tempatan ( tidak seperti team indon yg mempunyai Gonzalez) dan kebanyakan pemain kita masih muda, di antara 19-24 tahun...So, memang cerah masa depan pasukan bola sepak negara sekiranya pasukan ini dijaga dan digilap dengan baik dari skang.. Pasukan Harimau Malaya ini mengingatkan kepada pasukan bola sepak EPL kegemaran sy iaitu ARSENAL.. Arsene Wenger ( pengurus Arsenal) telah membina pasukan arsenal dengan barisan pemain muda yang dilatih dari akademi Arsenal.. Contohnya seperti Fabregas, Wilshere, Alex Song, Abou Diaby dan rmi lagi..Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.. Kalau kita lihat, wajah rajagopal pun seiras dengan wenger, cuma berlainan kaler ajer, hehe... So, usaha kerajaan dan beberapa pihak yg melahirkn pemain dari program Myteam adalah berbaloi... Tahniah kepada Pasukan Harimau Malaysia dan kerajaan!! Pastikan mutu dan kualiti pasukan bola kita dipertingkatkn dan dapat menyaingi Korea dan Jepun agar impian negara utk bermain di Piala Dunia 2018 tercapai!! Chaiyok2

Selamat Tahun Baru 2011....Evolusi Baru

Wellcome 2011...pejam celik, kita dah masuk ke tahun baru.. wow!! sungguh cepat masa berlalu dan kini ak sudah berusia 25 tahun..namun, sedarkah ape yg kita telah lakukan sepanjang tahun 2010? Mari kita same2 renungkan..
Sudah satu tahun stengah ak pasif dlm penulisan blog (sejak may 2009) kerna sebab2 tertentu ~ coz xde line tnet di pejabat baru ak...Buat pengetahuan kalian, ak telah berhijrah keja dari Maybank ke Mara.. Di pejbt baru, tiada 'subsidi' wifi..Tapi skang, ak sendiri telah membeli broadband maxiz (coz ak smbung master)..So, mulai 2011, ak akn kembali aktif mengkritik dan menzahirkan sebarang idea/ analisis utk membangunkan pemikiran diriku dan sahabat2 sekalian..
Seperti diriku, banyak pengalaman manis dan pahit yang aku tempuhi sepanjang 2010.. Alhamdulillah, beberapa target utama dlm hidupku berjaya aku laksanakan...Antaranya:
1. ak dah berjaya mulakan pengembaraan 'survivor' ke luar negara - bandung + jakarta
2. permohonan ak utk sambung belajar Master Statistik di U.M telah berjaya..
3. ak sudah mula berkursus DIPED di UIA.

Namun, ade jga matlamat hidupku yang masih blum dapat kupenuhi....antaranya ak blum berjy dpt membeli rumah kediamaan idaman ak, ak blum menjumpai pasangan hidup aku dan juga selesaikan hutang blaja ak.. ak akan pastikan 2011 akan menjadi tahun yang lebih bermakna utk diriku...Hope all my frens juga berjaya dalam menggapai matlamat masing2....jadilah insan yang berjaya di dunia dan di akhirat!!

Monday, April 27, 2009

Lelaki Maskulin

Bagaimana Membina Badan Idaman...

Anda mahukan badan yang 'tough' seperti saya? Pernahkan anda terfikir bahawa anda boleh ubah badan anda yang 'kurus kering' tue seperti Lan dan Syaf ( bukan name sebenar) kepada badan yang berotot? Ramai sebenarnya yang berminat (terutama lelaki) untuk memiliki badan yang menawan dan berketul dengan pakej wajah ala shah rukh khan. Alangkah bertuahny..Dengan memiliki badan yang kental, keyakinan diri anda akan turut bertambah. Malah, mudah untuk anda mendapatkn aweks dan juga mendapat mak2 datin ( kecuali fath bukan name sebenar, harapkan rupe jer tuk dptkn mak2 datin ). Tapi tahukah anda bagaimana cara untuk membina badan dengan cara yang selamat bahkan tidak memberi sebarang kesan buruk pada diri anda untuk jangkamasa panjang (Amaran kerajaan Malaysia : Steroid boleh membahayakan diri anda dan memberi kesan buruk untuk mase depan anda). Jadi adalah penting bagi diri anda untuk mempelajari bagaimana latihan dan pemakanan yang betul supaya anda tidak melakukan kesalahan yg boleh meragut nyawa..






Pertama sekali, pastikan anda mengikuti diet yang betul (otot terbina dari makanan yang kita makan). Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 kite rase kita dah buat latihan yang betul, tapi kenape badan tak besar2 jugak....mane nak besar kalu jumlah kalori yg dibakar lebih kurang je ngan ape yang kita makan. Untuk org dewasa, makan 2500 kalori setiap hari sudah memadai, tetapi bagi yang mahu membina badan, anda kene makan 4000 kalori setiap hari.Pastikan makanan yang dimakan kaya dengan protein kerana proteinlah yang membina blok2 otot pada badan anda. kalau boleh makan protein setiap 2-3 jam menyediakan protein yg secukupnya untuk badan.Kurangkan makananan yang byk gula, lemak dan asid lemak trans. Bagi yang baru berjinak2 dgn sukan ini, anda tidak boleh sewenang-wenang nye untuk mengangkat beban yang berat kerana anda perlu pastikan badan anda bersedia untuk itu.Mulakan dengan aktiviti rutin yang memberi faedah pada diri anda (contohnya jogging, skipping). Jangan pulak anda selama ni asyik tido jer, xpernah bersenam, tetiba nak angkat berat. Gile ape!! Pastikan anda berjogging dulu bagi mendapatkan stamina. Bermain futsal juga baik mcm team IBU ZAIN. Selain dr jogging, anda boleh berenang, berbasikal malah kerja berkebun juga boleh! Bila anda meletakkan impian anda untuk mendapatkan otot yang cantik, andalah yang bertanggungjawab untuk memastikan ianya tercapai. Disiplin perlu ade dalam membina badan. Jangan hangat2 tahi ayam jer.. Baru masuk gym 2 minggu dah trus stop... Dengan alasan busy dengan biznes jual jambu ( x de kena mengena dengan yang hidup atau mati)
Sememangnya anda perlu untuk mengambil makanan tambahan (suppliment la dlm b.i ) untuk mencantikkan badan tetapi adakah ia betul2 selamat pada badan anda? Jadi pastikan anda mempelajari tentang sesuatu produk dahulu, mendapatkan pandangan doktor atau pandangan yang lebih pakar adakah ia sesuai atau tidak.Ini adalah kerana sesetengah produk memang bagus untuk orang lain tetapi bukan untuk anda (vice verca ). Mungkin anda makan satu sudu sudah memadai, tetapi bg org lain 2 sudu baru mencukupi (badan manusia ni kan berbeza).Yakinlah bahawa anda boleh memiliki badan yang cantik tanpa mengira bagaimana rupa anda sekarang. ( Rupe belakang citelah) Hasil akan datang dengan sesi latihan, bukan datang tergolek! Tido hanya membesarkan perut bukan mencantikkan badan..Anda memerlukan jadual latihan yang wajib diikuti untuk menjadikannya badan yang kental satu kenyataan!

Monday, March 23, 2009

Alam kubur perhentian sebelum kehidupan abadi di akhirat

Topic : Muhasabah Diri Sempena Maulidur Rasul

MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.

Perjalanan itu pula masih jauh dan terpaksa melalui pelbagai liku serta cabaran. Inilah gambaran matlamat sebenar hidup insan yang hendak dicapai. Pentas dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan salih sebagai bekalan di akhirat nanti.

Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana mereka akan menjawab soalan ditujukan malaikat kepada mereka. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu akan masuk ke syurga atau neraka.

Persoalan kubur termasuk dalam pokok keimanan terhadap alam ghaib seperti mana kita wajib percaya akan adanya syurga, neraka, malaikat dan hari kiamat. Dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang sahih banyak diterangkan perkara di atas yang menuntut setiap orang meyakini adanya alam selepas kehidupan duniawi.

Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.

Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” - (Surah Yasin, ayat 77)

Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.

Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi.

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”

Adapun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?

Adapun roh orang yang beriman dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” - (Surah al-Fajar, ayat 27-30)

Kemudian apabila seseorang hamba Allah meninggal dunia, selepas dikebumikan dan ditinggalkan kuburnya lalu datanglah dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir yang ditugaskan untuk menyoalnya.

Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat.

Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.

Menurut Syeikh Abdullah Al-Fattani dalam bukunya Kasful Qhummah, roh Nabi, syuhada, muttaqin, salihin akan diangkat oleh malaikat ke langit selepas selesai tanya jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir.

Kemudian di angkat ke langit kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ketujuh hingga ke Sidratul Muntaha dan di bawa ke Arasy Tuhan. Di sinilah mereka akan ditempatkan dan hidup dengan senang serta bahagia sehingga tiba hari kiamat.

Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.

Bagaimanapun kita tidak banyak mengetahui rahsia alam roh melainkan apa yang diceritakan al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.

Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud: “Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.”

Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat. Waallahualam...

Wednesday, February 11, 2009

~ Hidup Bollywood ~



Sebagai salah seorang peminat fanatik Hindi, ak rase sangat bertanggungjawab untuk berkongsi dengan kwn2 sekalian mengenai keindahan dan keunikan 3 filem hindi yang baru ak tonton sejak Januari 2009 ini.. Bagiku, ketiga2 filem ini adalah 'world class' dan berada di dalam kelas yang tersendiri..Malah jauh lagi hebat dari filem 'Hollywood' yang sgt diagung2kann oleh segelintir para penonton yang pro-barat ( antaranye budak2 umah18)..Ini kerana tanpa kita sedari, filem2 bollywood sebenarnya banyak memberi pengajaran dan nilai2 murni berbanding daripada filem barat yang pasti menyelitkan unsur2 seks ( yang ini budak2 umah18 paling suke )..Ketiga2 filem yang ak baru tonton itu adalah : Rabne Bana di Jodi ( Tuhan telah tentukan Jodoh ) , Ghajini dan Slumdog Milionaire. Ak ingin mengesyorkan kepada kwn2 sekalian untuk menonton 3 filem ini dan pasti anda tidak akan rugi malah hati kalian akan berputik rasa cinta kepada filem2 Hindi...huhuhu.. Ak bagi sinopsis dlm b.i and cite dia korang gi tgk sendiri.. X best la kalu ak citekan sume..


Rabne Bana Di Jodi ( Tuhan Telah Tentukan Jodoh )



Have you ever stopped to think if the most ordinary, uninteresting, unobtrusive man you might see on the road or around you might have a love story to tell? Maybe not. But love does not differentiate between the ordinary and exceptional, the uninteresting and interesting, the unattractive and attractive. Because love knows no distinction. It can happen to anyone and once it does it engulfs us into it completely and gives us those miraculous experiences that only love can yield. This is what happened to Surinder Sahni--a simple, clean hearted, honest man working for Punjab Power, leading a humdrum life, when he meets his total opposite and finds love in the flamboyant, fun-loving, vivacious Taani--for whom the whole world is her canvas. Duration : 2 hours 45 minutes



Ghajini



Sanjay Singhania after getting hit on his head while watching his girlfriend being murdered suffers from a short term memory loss and cannot recollect anything beyond 15 minutes. He tattoos phone numbers and names on his body to keep his memory alive and seeks revenge for the murder of his girlfriend, Kalpana. The only clue he has is the name that he remembers his dying girlfriend utter in his ears - Ghajini. Duration : 3 hours


Slumdog Milionaire



The story of Jamal Malik, an 18 year-old orphan from the slums of Mumbai, who is about to experience the biggest day of his life. With the whole nation watching, he is just one question away from winning a staggering 20 million rupees on India's "Who Wants To Be A Millionaire?" But when the show breaks for the night, police arrest him on suspicion of cheating; how could a street kid know so much? Desperate to prove his innocence, Jamal tells the story of his life in the slum where he and his brother grew up, of their adventures together on the road, of vicious encounters with local gangs, and of Latika, the girl he loved and lost. Each chapter of his story reveals the key to the answer to one of the game show's questions. Intrigued by Jamal's story, the jaded Police Inspector begins to wonder what a young man with no apparent desire for riches is really doing on this game show? When the new day dawns and Jamal returns to answer the final question, the Inspector and sixty million viewers are about to find out...
Duration : 2 hours . US Box Office : USD 77,203,055 ,
This film has won many Oscar and Academy Awards... such as Best Film, Best Music and so on
WELCOME FOR ALL NEWCOMER OF BOLLYWOOD FOLLOWER