

( Rajagopal said > rupa aku ada iras si wenger ni lah, cume tone jer berbeza)
Rajagopal, you are The Profesor!!
Terlebih dahulu, infiniti tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerna telah berjaya menjadi JUARA AFC Suzuki 2010... Seluruh rakyat malaysia berbangga dengan kejayaan kalian. Media massa dan banyak pihak memuji barisan pemain seperti Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha sehingga nama-nama mereka dipaparkan di akhbar setiap hari.. Namun bg saya, nama yang patut diberi perhatian di atas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia adalah K. RAJAGOPAL, jurulatih Harimau Malaya. Sy sgt berbangga dengan usaha dan taktikal rajagopal kerana kita bergelar juara dengan keseluruhan pemain tempatan ( tidak seperti team indon yg mempunyai Gonzalez) dan kebanyakan pemain kita masih muda, di antara 19-24 tahun...So, memang cerah masa depan pasukan bola sepak negara sekiranya pasukan ini dijaga dan digilap dengan baik dari skang.. Pasukan Harimau Malaya ini mengingatkan kepada pasukan bola sepak EPL kegemaran sy iaitu ARSENAL.. Arsene Wenger ( pengurus Arsenal) telah membina pasukan arsenal dengan barisan pemain muda yang dilatih dari akademi Arsenal.. Contohnya seperti Fabregas, Wilshere, Alex Song, Abou Diaby dan rmi lagi..Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.. Kalau kita lihat, wajah rajagopal pun seiras dengan wenger, cuma berlainan kaler ajer, hehe... So, usaha kerajaan dan beberapa pihak yg melahirkn pemain dari program Myteam adalah berbaloi... Tahniah kepada Pasukan Harimau Malaysia dan kerajaan!! Pastikan mutu dan kualiti pasukan bola kita dipertingkatkn dan dapat menyaingi Korea dan Jepun agar impian negara utk bermain di Piala Dunia 2018 tercapai!! Chaiyok2
No comments:
Post a Comment