Sunday, March 27, 2011

PracTise MaKes PerFecT !!

Pergh, nie dia gambar 'Manager of The Year' yg berjy mengalahkan The Special One 'Jose Mourinho'...Gmbar nie adlh sewaktu ak menerima piala pusingan selaku juara ping pong berpasukan di KKTM Mastanah... Ak tlh m'jadi pengurus kepada pasukan ping pong IKM Jasin yg berjy merangkul pingat emas dalam Sukan IKM/KKTM seMalaysia kali ke-7... Sebenarny, ak x main pon dlm acara tu, just menguruskn pemain serta menentukan jadual latihan... Tetapi kepuasan dan kegembiraan ttp ak rasai setelah berbulan trun berlatih ping pong bersama pemain lain, bak idiom b.i : practise makes perfect ~

Nie dia gaye pemain ping pong no.3 dunia, Timo Boll.. Gmbar ni ketika sesi pemanasan badan sebelum game suku akhir...Sistem perlwnn adalah berpasukan di mana game pertama adlh single lelaki, game kedua adlh single wanita dan game ketiga adlh beregu lelaki...Pasukan yg menang 2 game akn maju ke perlwnn setrusnya... Taktikal IKM Jasin dalam memperkuatkn single wanita menjadi apabila single wanita menang setiap game pd kejohanan nie.. Congratz kak Kiah!!

Nie dia barisan pemain berbaju hijau yg berjy membw kilauan emas utk IKM Jasin.. Kejayaan emas ni adalah hasil usaha keras staf yg rajin trun berlatih pada petang Isnin dan Rabu setiap minggu.. Kehebatan abg Syed dlm single laki2 tak dpt dinafikn lagi di mana dia menang dlm setiap perlwnn... Laluan utk menjadi juara bertmbah mudah apabila single wanita juga mng setiap game... Kredit kpd single wanita, kak Kiah yg gigih trun berlatih dan sedia belajar ilmu serve 'potong' dan 'gesek'...IKM jasin mng 2-0 dalam semua perlawanan sehingga juara di mana beregu laki2 tak perlu kluarkan peluh,,,huhu

Gambar bersama pengarah (duduk bertopi putih) yg sudi trun untuk memberi semangat dan sokongn kepada para pemain dari game suku akhir hingga ke final... Thanks juga kepada abg ibrahim yg menjadi 'ketua sorak' ikm jasin yg berjaya memberi perang psikologi kepada pihak lawan...Tak lupa juga kpd para penyokong yg lain (pom2 gegirls team bola jaring) yg diketuai oleh Cik Maslida.. Insyallah, tahun dpn kita akan pertahankan emas ini di KKTM Kuantan tetapi mungkin pengurus yg berbeza kerna ak ingin menjadi pengurus game yg paling ak suka sejak kecil iaitu CHESS... ak ingin membawa pingat emas dlm acara CaTuR sekirany game nie ditawarkan acarany di sana.. Chaiyok2!!

Saturday, March 12, 2011

MaLaNG TaK BerBau...

Mmg btul kate pepatah, malang tak berbau tp kentut pasti berbau!! Hari jumaat lepas adalah hari yg 'bersejarah' dlm diari hidupku coz keta yg ak bela dgn baik selama 3 tahun akhirnya mengalami 'permanent disable'... Keta wajaku telah alami kemalangan sewaktu ak otw ke tempat kerja..Mmg sadis n syahdu kemalangan nie kerna ak accident di tepi tanah perkuburan Bukit Katil pada pagi jumaat yg hujan sedang trun renyai2 membasahi bumi sambil radio ketaku mengalun surah yasin bacaan saad al-ghamdi...

Al-kisah pada hari kejadian, ak sebenrnya tak berapa sihat coz I got flue n fever...Tp disebabkn ak ganti kelas orang len, ak gigihkn diriku utk gi bekerja.. Ak mls la nk amek m.c coz xnk jadi isu plak nnti.. So, pada mlm jumaat tu ak ambil 2 biji paracetamol n then ak dh terbgun lewat keesokan paginya tuk ke tmpt kerja...Apa lagi, ak mcm biase la bw keta LIKE A G6 ke tmpt keja... So, bila tiba di jalan depan Water City ke Tehel, tgh ak mula speeding n tiba2 keta yg ketiga di depan ketaku berhenti utk belok ke kanan...Dua keta lain di depanku brek emergency dan ak pon same..System ABS berfungsi baik tp malangnya tayar ketaku botak..Disebabkn keta ak pon agak laju n jalan licin, roda ak bergerak ketika brek...ape lagi, keta waja cps aku 'mencium' la keta wira di depan dan keta wira tu bergerak cium keta viva depannya, adeh!! Naseb baikla dua2 owner keta tu Melayu, snang nak negotiate... Ak bincang n setel secare baik coz mmg salah ak..Then ak bw kedua2 keta nie ke bengkel STBK di tmpt keja ak utk proses baik pulih kenderaan...Lucky ade student 'incubator' , Salleh yg sanggup tlg untuk ketuk n cat keta2 tue...Thanks alot!

Accident ni beri byk pengajaran pada aku...First, jgn gi keja klau tak sihat n then jgn bawa laju ketika hujan...Klau kita dh terlmbt ke tmpt keja, biarkn punch card kita merah, dari keta kita or diri kita yg menjadi jadi 'parah'..

** ak hitamkan no flat keta bg elakkan 'penganalisa nombor' mengambil kesempatan!!

Sunday, March 6, 2011

Block-Buster FiLm 2011..I can't wait!!

PERHATIAN kepada sumer peminat film, tahun 2011 adalah thun yg pasti dasaaattt dgn lambakan filem2 terbaik!! Byk film pecah panggung akan release pade pertengahn tahun (time summer kat Western) and hujung tahun ni...So, korg bleh book your diary and be the first person to see this films..Bg ak yg merupakan peminat film, ak akn pastikn ak antara org yg terawal tonton filem yg dikategorikan sbg gempaq...Antara filem yg ak penah tonton pade hari pertama tygn mcm Putri Gunung Ledang, Batman Begins, Harry Potter series, Transformer, LoTR siries n byk lagi... Tapi korg tahu tak kenape film baru akan release pada hari Khamis (bg citer melayu) n hari Jumaat (bagi cite omputih) ?? Klau tahu, korg post kat blog ak nie..ak pon confius nape diorg tak pilih weekend tuk tygn pertama film.. Berikut adlh senarai filem yg sy rasekan korang pon pasti tak sabar nak tonton ..

Filem daripada KRU's sibling nie menelan belanja RM 8 juta ( filem Melayu kedua termahal slps PGL). Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Film ni akan release mggu depan, pada 10 Mac n diharap dapat membanggakan industri film Melayu coz KRU tlh sign MoU dgn Universal Pictures tuk tygkan filem ni ke sluruh dunia, wow!! Steadyla KRU group


Sequel ke-4 PotC : On Stranger Tides, nie masih kekalkan si Johnny Depp sbg Captain Jack Sparrow n bw masuk 'chick' baru, Penolope Cruz sbg heroin.. Ak suke tgk cite ni coz telatah si Jon Depp yg selamba dan kelakar!! Film ni akn release pada 20 May 2011..

Yeah, ni dia cita kegemaran ak yg wajib tonton di wayang...Film arahan micheal bay yg berkolobarsi bersama steven spielberg.. Citer Sequel ke-3 Transformer : Dark of the moon yang akan ditygkan pada 1 July 2011.. Film ini pada awlnya dijangka release 2012 tp diawalkan tygn dia coz dh siap awal. Pastikn korg sume menonton dlm versi 3D di iMaX utk kepuasan yg infiniti.. Tak sabar nk dgr pergerakan robot yang berubah dari kereta dgn bunyi, cket, ckeeeettt.....haha!! Korg cube usha official trailer muvi nie kat youtube yg dh smpai 15 million org view..

Filem terakhir Harry Potter yg merupakan film siries kegemaran famili ak.. Film ni adlh sequence film part I : HP and the deathly hollows yg relese thun lepas. Film part I dulu agak membosankan coz kurang action n byk cakap jer..Hope HP7 part II nie penuh dgn action dan puas hati bila habes tonton filem nie...Diramal akan release pd 15 July 2011.

Filem seram arahan pengarah film SAW yang mengambil tarikh keramat 11-11-11 sbg tajuk... Bace dari sinopsis mcm gempak tapi tak tahu kesudahan cite ini mcm mane.. Selain tu, ade byk lagi filem yg menarik lain spt KUNGFU PANDA 2, X-MEN , TWILIGHT SAGA, MISSION IMPOSSIBLE, FINAL DESTINATION 5 ...So, for more information, just visit wikipedia...google 'film 2011'

**So, tahun nie mmg kaya la pemilik panggung dgn koleksi film2 hits tahun 2011..Ak ade rase la mcm nak buka panggung wayang kat Jasin, hehe..

Monday, February 14, 2011

1 Malaysia 1 Ummah...

Selamat menyambut maulidr rasul 1432H/ 2011 M.. Sempena ulangtahun kelahiran rasul junjungan besar, marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi. Muhammad (s.a.w)..Edisi kali ini, sy ingin berkongsi peristiwa yg berlaku di bulan istimewa iaitu Bulan Rabiulawal. Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Saturday, February 12, 2011

Welcome back to uni. life, Fadhil Khan !!


Statistic is my game right now !! Diari hidupku di hujung minggu totally different sejak bergelar student post-graduate di uni. tertua di M'sia...Klau sblm ni, mase weekend ak dipenuhi dgn main ps2, tapi kini tidak lagi.. FYI, skang ak sdg smbg master in statistic secare part-time.. So, ak kene la ulang-alik dr melake ke p.j pada tiap2 weekend..pergh, mmg penat gua ckp sama lu coz weekdays busy mengajar n pada weekend pula kene belajar...tp sume ni ak kene harungi n anggap sbg cabaran, coz ak berpegang pada kate org yg paling kaye di dunia, Bil Gerbang : "Education is the best investment for da future"~poyoooo

Basically, ak start mohon utk smbung master pd 2009 (slps kuar keja maybnk) tp malangnya, permohonan ak utk smbung kat UKM tak kesampaian coz course nie tak ditawarkan secare PJJ(progrm jarak jauh)...Pd 2010 plak, ak try mohon di U.M n alhamdullilah berjaya.. Semngt tuk smbung studi ni pon ak dpt dari kwn seangkatan dgn ak wktu first degree dulu... Ada yg sudah abes master n jadi lecturer skang ni...Congratz to all of you guyz and i'll follow.. Kate orang, klau nk smbung blaja ni biar waktu muda2 n sblum kahwin...Klau dh berumah tangga, byk komitmen lain yg perlu dibereskan.. So, for all my frens yg masih single mingle tu, jomla rmi2 kita smbung blaja utk memajukn diri kita & juga status hidup kita.. Dan semoga impian tinggi melangit ak utk pursue PHD di M.I.T ~ Massachusetts Institute of Technology tercapai dan dipermudahkan..



Tuesday, February 8, 2011

YoU No NeeD To WoRRy !!

Baru2 nie ak tlah berjy menghatamkn sebuah buku motivasi bertitle 'anda tak perlu risau'...Buku nie ak beli pd Ogos 2010 tp baru minggu lepas ak kelapangan mase utk bace sepenuhnya...tu pon sebab ade cuti tahun baru cina, klau tak jgn harap...Sebenarny, faktor yg mendorong kalbu ak beli buku nie coz ak kene present sebuah buku kat tempat keja ak bulan Sept lepas..tp waktu presentation tu, ak tak bace pon buku nie, just petik topik2 penting n terangkan ikut sedap molot n intuisi hati ak...Tapi bila dh bace buku nie last week, ak rase ade benda menarik yg perlu sharing kat uo'll guyz... Mmg pandai pengarang ~ (Rohani Sheikh Omar) mengayat buku nie smpai ak bace dari kulit depan smpai blakang...jarang ak bace buku smpi habes.. Buku modul matematik yg ak mengajar pon ak lompat2 muka surat.. Buku nie mmg bgus dibace bg orang2 yg tengah runsing or dlm bhse halus nye ~ jiwa kacau... Utk shbt ak yg tgh fening2, si Faiz (bukan name sebenar) yg ade mslh utk membina masjid tu, ak rekmen dia bace buku nie..hohoi..At least terubat skit tekanan perasaan dia tu...

Secare sinopsisnye, buku ini menerangkan tujuan utama kita hidup di muka bumi n menceritakan kebanyakan dari kita selalu memikirkan dan meRISAUkan akan mslh kehidupan di dunia smpaikan kita abaikan kehidupan akhirat...ini memang tak dapat dinafikan lagi..sbg cth ; bangun dari tido, KITA RISAU lewat ke tempat kerja tapi KITA TAK RISAU lewat solat SUBUH...aduh!! sentap n menikam jiwaku...Dari Usman bin Affan r.a, “ Kerisauan dalam urusan duniawi adalah KEGELAPAN HATI, sedangkan kerisauan dalam urusan akhirat adalah CAHAYA DI HATI”..Selain tu, korang kene la bace sendiri, hehe...tak syok la klau cite semua..Kpd sape2 yg berminat utk bace buku nie, leh pinjam dr ak, F.O.C!!

Secare conclusion, risaulah akan perkara yang sepatutnya dirisaukan. Contohnya, kita patut risau jika amalan kita tidak diterima Allah berbanding terlalu risau andai kita tidak memiliki kekayaan seperti orang lain...Ak ratekan buku ni 4 star (****) n sesuai dibace oleh semua insan marhain yg hidup tak de tujuan...Buku ini juga sesuai utk mereka yang mahu mencari erti sebuah kehidupan...Ak secare tak langsong dh promosi buku nie.. Hope pengarang bg la ak komisyen klau sale buku nie naik..hahaha ~ adios, jmpe in da next post ~


Thursday, February 3, 2011

aNaLiSa PerPinDaHaN PeMaiN EPL Jan 2011...


DahSYaaaaTT...ak petik kata2 dari si nazmi rajalawak 5 bagi menggmbarkn transfer market player EPL pd Jan 2011 !! Jumlah keseluruhan yuran perpindahan pemain EPL menjangkau 250 millin pound sterling...WOW!! Berniaga manusia lebih kaya dari unta~~hahaha, btul kate2 si husin lempoyang nie.. blum lagi summer transfer, dh gempak shopping diorg.. team Liverpul n Chelsea berblanje besar manakala top 2 team yg tgh lead liga skang, M.U n arsenal just senyum dan lihat..Polisi yg berbeza which arsenal makes hero from zero...cayalah gunnerz!!
Chelsea memecahkan rekod perpindahan dalam sejarah kelab bola sepak British apabila mendpt khidmat Fernando Torres menerusi bayaran 50 juta pound (RM250 juta) dari Liverpool. Penyerang Sepanyol, EL NINO itu mengikat kontrak selama lima tahun setengah bersama kelab Chelsea dgn bayaran gaji 175 riban seminggu.. Torres sah menjadi pemain ketiga termahal dunia kira-kira setengah jam sebelum tempoh jendela perpindahan berakhir , dibelakang jumlah dibayar Real Madrid untuk membeli Cristiano Ronaldo dan perancang Brazil, Kaka pada 2009. Rekod bayaran termahal dalam bola sepak Inggeris sebelum ni dipegang Carlos Tevez selepas keluar daripada Manchester United untuk ke Manchester City dengan bayaran 47 juta pound (RM235 juta) pada 2009. Dgn kemasukan Torres, anelka n kalou akan mula memanaskan bangku simpanan dan suggestion dari ak, diorg dh boleh pikir destination baru utk berhijrah..Selain tu, Chelsea membazir wang lagi dengan membeli pertahanan brazil, David Luiz berumur 23 thn dengan bayaran harga RM105 juta dari Benfica dan Nemanja Matic sbg tukaran...mane nak letak Alex? confirm dia minta pindah nnt..

Kisah yang serupa terjadi pada Liverpool apabila dah dpt duit dari Roman Abromovich hasil jualan Torres...Benda yang paling pelik apabila Liverpool sggup membayar Newcastle sbyk 35 juta pound ( RM 143 juta ) utk membeli Andy Carroll.. Karut Btol!! Value Andy Carroll tak smpai pon 10 juta pound beb...Dia baru naik divisyen satu n jaringkan 14 gol, dah dianggap harga spt star..Baik beli si Nor Idlan Talaha bergandingan dengan Safee Sali kat bahagian serangan, lagi berbaloi der...Liverpool sebelum ni dah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Uruguay dan Ajax Amsterdam, Luis Suarez (ala, pemain yg guna tgn waktu World Cup & penyebab Ghana x layak separuh akhir) dengan yuran perpindahan 22.8 juta pound (RM 112 juta) dan akan menyarung jersi nombor tujuh yang pernah digunakan oleh pengurus, Kenny Dalglish.
For conclusion, ape yang aku leh katakan, kita wait n see hasil pelaburan team Chelsea n Liverpool abes season nie.. adakah ROI ( return on investment ) diorg berbaloi ataupon just menambah liabiliti team... Nape tak gunakan falsafah Arsene Wenger di mana train n create star dari usia muda... Dia beli pemain dgn harga murah dan jual pada harga mahal, cth spt Adebayor, Toure, Henry & byk lagi..Arsenal adalah satu-satunya team yg paling cepat setelkan hutang, ramai pemain prospect muda, play beautiful tetapi sayangnya kemarau piala...hope tahun nie dpt la w/pon piala carling, adeh!!